Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penipuan Tanah

Diterbitkan: 18 Jul 2014 5.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
SCAM ALERT : Pihak polis mengingatkan supaya berhati-hati ketika berurusan dalam bidang hartanah. Kes penipuan tanah pada kebiasaannya didalangi oleh orang perseorangan ataupun sindiket. Suspek kes ti..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-tanah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:06 MYT
Penipuan TanahPenipuan Tanah


SCAM ALERT : Pihak polis mengingatkan supaya berhati-hati ketika berurusan dalam bidang hartanah. Kes penipuan tanah pada kebiasaannya didalangi oleh orang perseorangan ataupun sindiket. Suspek kes tipu tanah ini akan memperdaya wang mangsa dengan cara menjual atau membeli tanah atau dokumen tanah yang tidak wujud dan bukan miliknya. Kebiasaannya suspek akan datang ke rumah mangsa. 

1. Suspek akan mengatakan dia adalah wakil dari syarikat besar yang mahu menyewakan tanah untuk pembinaan.

2. Suspek akan memberitahu tempoh sewaan dan bagaimana bayaran akan dibuat terhadap mangsa

3. Untuk mengelakkan cukai, suspek akan meminta mangsa mengeluarkan semua wang simpanan di dalam bank dan serahkan kepada suspek sebelum suspek akan membayar bersama wang sewaan tanah.

4. Setelah beberapa hari, wang tersebut masih lagi tidak dimasukkan ke dalam bank dan suspek gagal dihubungi.
ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2014 5.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM