Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penipuan Pinjaman Bank

Diterbitkan: 27 Aug 2014 8.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
SCAM ALERT : Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana iklan yang dipaparkan samaada menggunakan poster yang ditampal di tempat awam, risalah yang diedarkan di peti pos rumah dan kenderaan selain menyebarkan iklan sms ataupun kain rentang yang bertujuan menawarkan pinjaman palsu menggunakan nama dan logo bank-bank di Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-pinjaman-bank
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:09 MYT
SCAM ALERT : Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana iklan yang dipaparkan samaada menggunakan poster yang ditampal di tempat awam, risalah yang diedarkan di peti pos rumah dan kenderaan selain menyebarkan iklan sms ataupun kain rentang yang bertujuan menawarkan pinjaman palsu menggunakan nama dan logo bank-bank di Malaysia.

Modus operandi :

1. Suspek atau sindiket akan mengiklankan pinjaman wang dalam pelbagai cara yang mengandungi butiran tawaran pinjaman bank tempatan.
2. Tawaran pinjaman yang diiklankan dilihat lebih baik dengan menawarkan pakej tanpa cagaran, penjamin, kertas kerja dan sebagainya.
3. Mangsa akan menelefon nombor yang tertera pada iklan itu dan mereka diminta memasukkan sejumlah wang deposit antara dua hingga 10 peratus dari jumlah pinjaman yang hendak dipinjam ke akaun sebagai yuran pemprosesan.
4. Suspek kemudian berjanji wang akan dimasukkan ke akaun mangsa dalam tempoh dua atau tiga hari selepas deposit dibayar namun suspek gagal dihubungi selepas itu.

Sasaran mereka adalah mangsa yang terdesak mahukan wang. Adalah dinasihatkan kepada orang ramai supaya berhubung dengan pihak bank sendiri untuk mendapatkan maklumat yang sah berkaitan sebarang pinjaman mahupun pembiayaan.Penipuan Pinjaman Bank
ArtikelDiterbitkan 27 Aug 2014 8.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM