Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penipuan Kad Kredit

Diterbitkan: 18 Jul 2014 5.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
SCAM ALERT : Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati ketika memohon dan menjalankan urusniaga menggunakan kad kredit...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-kad-kredit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:52 MYT
Penipuan Kad Kredit

Penipuan Kad Kredit

SCAM ALERT : Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati ketika memohon dan menjalankan urusniaga menggunakan kad kredit. 

Modus Operandinya, suspek akan membuat permohonan kad kredit dengan menggunakan dokumen dan maklumat palsu atau menggunakan maklumat peribadi orang lain. Perkara ini akan mula disedari oleh pihak bank selepas penama yang diguna menerima bil sedangkan beliau tidak membuat permohonan kad kredit. 

Selain itu, kad kredit yang dihantar melalui pos atau perkhidmatan kurier telah dicuri oleh suspek dan disalahgunakan tanpa pengetahuan pemilik :

1. Suspek mencuri kad kredit daripada peti pos
2. Suspek menghubungi pemilik kad kredit mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank meminta kata laluan
3. Suspek kemudian menghubungi pihak bank dengan menyamar sebagai mangsa dan meminta pihak bank mengaktifkan kad kredit tersebut dengan memberikan kata laluan
4. Setelah kad kredit diaktifkan, suspek akan menggunakan kad kredit tersebut untuk kepentingan dirinya tanpa diketahui oleh mangsa (pemilik asal kad kredit).
ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2014 5.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM