Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penipuan Internet E Dagang

Published: 27 Aug 2014 7.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
SCAM ALERT: Pernahkah anda melakukan transaksi pembelian melalui internet? Peniaga akan menggunakan medium internet untuk mengiklankan barang-barang untuk dijual. Kaedah bayaran biasanya melalui deposit tunai, pemindahan akaun dan perbankan dalam talian ke dalam akaun bank yang diberikan suspek.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-internet-e-dagang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:17 MYT
SCAM ALERT: Pernahkah anda melakukan transaksi pembelian melalui internet? Peniaga akan menggunakan medium internet untuk mengiklankan barang-barang untuk dijual. Kaedah bayaran biasanya melalui deposit tunai, pemindahan akaun dan perbankan dalam talian ke dalam akaun bank yang diberikan suspek.

Namun begitu, bagi sesetengah individu taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa bagi mengaut keuntungan. Kaedah penipuan melalui internet semakin popular kerana ianya sangat mudah, murah dan pantas tanpa perlu bersua muka dengan mangsa. 

Modus Operandi Sindiket:
1. Pada mulanya suspek berpura-pura mengiklankan barang di internet, mangsa yang berminat dan percaya akan mula membuat pesanan. 
2. Selepas pesanan dibuat mangsa dikehendaki membuat bayaran terlebih dahulu termasuk kos penghantaran. 
3. Namun setelah bayaran dibuat, barang yang dipesan tidak diterima dan suspek gagal dihubungi. 

Nasihat polis:
1. Hanya berurusan dengan medium rasmi produk tersebut apabila membuat pembelian melalui internet.
2. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila membuat pembelian atas talian.
2. Sekiranya perlu, digalakkan berjumpa dengan penjual produk semasa proses dalam pembelian

Penipuan Internet E Dagang
ArticlePublished 27 Aug 2014 7.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM