Penipuan Internet 6 Ditahan Termasuk 2 Warga Nigeria
PENIPUAN INTERNET : 6 DITAHAN TERMASUK 2 WARGA NIGERIA
Polis
berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan internet dengan penahanan
enam orang; dua warga Nigeria dan empat rakyat Malaysia termasuk tiga
wanita tempatan.
Tangkapan
dibuat setelah pihak polis menerima laporan daripada seorang ahli
perniagaan wanita yang ditipu sebanyak RM 300,000.00.
Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan iaitu di Johor Bharu, Melaka dan Puchong.
Dalam serbuan yang dibuat, pihak polis berjaya merampas beberapa buah komputer riba, buku akauan bank dan kad ATM milik suspek.
Melalui
modus operandi yang digunakan, mangsa terperdaya dengan pujukan ahli
sindiket tempatan untuk melakukan pelaburan wang melalui internet dan
dijanjikan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat .
