Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penipuan Internet 6 Ditahan Termasuk 2 Warga Nigeria

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
6 DITAHAN TERMASUK 2 WARGA NIGERIA ,Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan internet dengan penahanan enam orang; dua warga Nigeria dan empat rakyat Malaysia termasuk tiga wanita tempatan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penipuan-internet-6-ditahan-termasuk-2-warga-nigeria
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:41 MYT

PENIPUAN INTERNET : 6 DITAHAN TERMASUK 2 WARGA NIGERIA

Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan internet dengan penahanan enam orang; dua warga Nigeria dan empat rakyat Malaysia termasuk tiga wanita tempatan.

Tangkapan dibuat setelah pihak polis menerima laporan daripada seorang ahli perniagaan wanita yang ditipu sebanyak RM 300,000.00.

Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan iaitu di Johor Bharu, Melaka dan Puchong.

Dalam serbuan yang dibuat, pihak polis berjaya merampas beberapa buah komputer riba, buku akauan bank dan kad ATM milik suspek.

Melalui modus operandi yang digunakan, mangsa terperdaya dengan pujukan ahli sindiket tempatan untuk melakukan pelaburan wang melalui internet dan dijanjikan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat .


Penipuan Internet 6 Ditahan Termasuk 2 Warga Nigeria

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM