Penilaian Produk Inovasi Pdrm Oleh Pegawai Agensi Inovasi Malaysia Jabatan Perdana Menteri
Oleh : Cawangan R&D, Bukit Aman
Satu
ujian penilaian produk inovasi PDRM telahpun dijalankan oleh pegawai
dari Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Jabatan Perdana Menteri di lapang
sasar, Briged Tengah PGA, Cheras pada 8 November lalu. Ujian penilaian
diketuai oleh En. Raguraman Gurusamy, Naib Presiden, Pengkomersialan
Teknologi Malaysia, AIM serta ahli rombongan lain iaitu En. Muhammad
Lofty Abd. Karim dan Dr. Lo Mee Wah.
Turut
hadir dalam ujian penilaian tersebut adalah YDH ACP Junaid Bin Haji
Zakaria, Timbalan Komander Briged Tengah PGA, Cheras, ACP Ahmad Sofi Bin
Zakaria, ACP Seksyen Pengurusan Kualiti, pegawai-pegawai Seksyen
Penyelidikan, Urusetia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) serta tujuh
Ketua Kumpulan dan ahli kumpulan KIK PDRM.
Dalam
ujian penilaian berkenaan, semua Ketua Kumpulan telah memberi taklimat
kepada Pegawai Agensi Penilaian Malaysia tentang latar belakang produk,
spesifikasi/teknikal produk, kelebihan serta kos produk. Pegawai dari
AIM juga telah dibawa ke lapang sasar untuk melihat dan menguji secara
dekat setiap produk inovasi. Pegawai-pegawai AIM berpuas hati dengan
produk inovasi PDRM dan berpendapat ianya mempunyai potensi untuk
dikomersialkan.

Ketua Kumpulan The Mariner

Taklimat Oleh Kumpulan F Transform, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya

Taklimat Oleh Kumpulan GT-Stride, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak

Taklimat Oleh Kumpulan Roda, bu Pejabat Polis Daerah Ipoh

Taklimat Oleh Kumpulan Target, Briged Utara, Ulu Kinta

Taklimat Oleh Kumpulan T-Ganu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu

Taklimat Oleh Kumpulan The Mariner, Pulau Pinang

Taklimat Oleh Kumpulan U7, Pasukan Simpanan Persekutuan Seremban

Timbalan Komander Briged Tengah PGA dan En. Raguraman Gurusamy, Agensi Inovasi Malaysia, Jabatan Perdana Menteri