Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Peniaga Merangkap Pengedar Dadah Ditahan Bersama Senapang Angin

Diterbitkan: 14 Mar 2016 1.53 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.31 PM
Polis Johor berjaya memberkas seorang peniaga dipercayai pengedar dadah di rumahnya di Tongkang Pechah, Batu Pahat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peniaga-merangkap-pengedar-dadah-ditahan-bersama-senapang-angin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:16 MYT

Polis Johor berjaya memberkas seorang peniaga dipercayai pengedar dadah di rumahnya di Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad, pihak polis turut menjumpai selaras senapang angin bersama lapan butir peluru dan sebilah pedang dipercayai milik lelaki berusia 45 tahun itu.

Selain itu, polis turut menjumpai dadah jenis heroin seberat 28.6 gram, syabu dianggarkan seberat 19.3 gram, dua biji pil ektasi dan tujuh biji pil Eramin 5 yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM5,500.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Sumber: Utusan Malaysia

Peniaga Merangkap Pengedar Dadah Ditahan Bersama Senapang Angin
ArtikelDiterbitkan 14 Mar 2016 1.53 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.31 PM