Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Peniaga Ditahan Miliki Barangan Curi

Published: 14 Nov 2014 3.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 14 November - Polis menahan seorang pemilik premis menjual alat telekomunikasi dan komputer kerana dipercayai menyimpan barangan curi susulan tangkapan seorang warga Indonesia pada 9 November lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peniaga-ditahan-miliki-barangan-curi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:55 MYT
Kuala Lumpur, 14 November - Polis menahan seorang pemilik premis menjual alat telekomunikasi dan komputer kerana dipercayai menyimpan barangan curi susulan tangkapan seorang warga Indonesia pada 9 November lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, hasil siasatan terhadap suspek warga Indonesia itu mendapati barangan curi telah dijual kepada pemilik premis terbabit di Jalan Raja Muda Aziz.

Katanya, lelaki warga Indonesia itu dipercayai terlibat kira-kira 10 kes kecurian dengan memecahkan cermin kenderaan menggunakan palam pencucuh.

"Pemilik premis berumur 25 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan,"katanya, kelmarin.

Pada 9 November lalu, polis berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki warganegara Indonesia memecahkan kereta pengunjung Bazaria Larut Malam Danau Kota.

Suspek berumur lingkungan 43 tahun itu ditahan anggota peronda polis ketika dipercayai sedang mencari sasaran untuk menyamun berikutan terdapat palam pencucuh yang disyaki dijadikan alat untuk memecah cermin kereta ditemui padanya.

Peniaga Ditahan Miliki Barangan Curi
Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 14 Nov 2014 3.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM