Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengusaha Hotel Bajet Diingatkan Supaya Tidak Beri Perlindungan Pati

Published: 17 Jan 2016 7.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bahru, 17 Jan - Pengusaha hotel bajet di negeri ini diingatkan supaya tidak menjadikan hotel mereka sebagai tempat perlindungan serta transit pendatang asing tanpa izin (PATI).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengusaha-hotel-bajet-diingatkan-supaya-tidak-beri-perlindungan-pati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:06 MYT


Johor Bahru, 17 Jan - Pengusaha hotel bajet di negeri ini diingatkan supaya tidak menjadikan hotel mereka sebagai tempat perlindungan serta transit pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara (JBU) ACP Mohd Taib Ahmad berkata amaran itu dikeluarkan berikutan pihaknya menahan 47 PATI warga Indonesia di dua hotel bajet dekat Tampoi baru-baru ini

"Ketika serbuan Jumaat lepas (15 Jan), kesemua PATI yang terdiri daripada 38 lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki berumur setahun itu, didapati bersesak-sesak di dua bilik hotel," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Taib berkata ini adalah tangkapan pertama oleh pihaknya yang membuat serbuan setelah mendapat maklumat daripada orang awam.

"Siasatan awal juga mendapati kesemua PATI yang berusia setahun hingga 50 tahun itu, masuk ke negara ini pada Jumaat lepas pada jam 4 pagi di lokasi yang tidak diketahui," kata beliau.

Mohd Taib berkata kesemua PATI itu dipercayai dibawa menaiki sebuah bot dari Tanjung Pinang, Indonesia dan seterusnya dibawa ke dua hotel berkenaan setelah tiba di sini sebelum dihantar ke lokasi-lokasi lain dalam negara.

Menurut beliau, setakat ini dipercayai empat individu termasuk warga tempatan dan Indonesia dipercayai terlibat dalam pengurusan kemasukan PATI tersebut.

Beliau berkata individu tempatan dan Indonesia itu bertindak mengenakan setiap PATI bayaran 1.9 juta rupiah (RM605) untuk urusan pengangkutan laut dan lain-lain urusan di negara ini.

Mohd Taib berkata kesemua PATI yang ditangkap antaranya dari Palembang dan Medan itu, disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 pindaan 2015. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jan 2016 7.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM