Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengurusan Media Perkukuh Sistem Penyampaian Maklumat Jabatan

Diterbitkan: 27 Aug 2019 7.14 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Putrajaya, 27 Ogos 2019 - Kesinambungan daripada sesi ceramah pengurusan media bersama pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) minggu lalu, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Asmawati sekali lagi dijemput bagi memenuhi slot yang dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bilik Latihan Aras 1, Bangunan Putrajaya Holding (PJH) Galeria, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengurusan-media-perkukuh-sistem-penyampaian-maklumat-jabatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:41 MYT

Putrajaya, 27 Ogos 2019 - Kesinambungan daripada sesi ceramah pengurusan media bersama pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) minggu lalu, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato’ Asmawati Ahmad sekali lagi dijemput bagi memenuhi slot yang dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bilik Latihan Aras 1, Bangunan Putrajaya Holding (PJH) Galeria, di sini, hari ini.

Sesi perkongsian ilmu oleh Dato’ Asmawati tersebut antara lain berkongsi kaedah terbaik dalam memperkukuhkan sistem penyampaian maklumat sesebuah jabatan. Ia bagi memastikan setiap maklumat jabatan yang ingin disampaikan kepada masyarakat adalah tepat dan jelas.

Dato’ Asmawati turut menekankan mengenai kemahiran berkomunikasi sebagai faktor penting bagi seseorang pegawai dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan, selain persediaan dari segi mental dan emosi.

Ceramah yang dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Aminurrahim Mohamed bersama 30 pegawai tinggi JPJ berkenaan, turut diperlihatkan satu demonstrasi oleh para pegawai dan anggota Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM tentang situasi berhadapan dengan pihak media ketika berlaku sesuatu krisis.

Image may contain: 1 person, sitting, screen and indoor
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato’ Asmawati Ahmad menyampaikan ceramah pengurusan media kepada pegawai tinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Image may contain: 1 person, sitting
Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Pengurusan), Tuan Aminurrahim Mohamed.

Image may contain: 8 people, people sitting
Sekitar sesi ceramah pengurusan media berlangsung.

Image may contain: 18 people, people sitting and indoor
Sekitar sesi ceramah pengurusan media berlangsung.

Image may contain: 4 people, people standing
Sekitar simulasi pengendalian sidang media oleh pegawai dan anggota dari Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat).

Image may contain: 9 people, people sitting, people standing and indoor
Sekitar simulasi pengendalian sidang media oleh pegawai dan anggota dari Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat).

Image may contain: 9 people, people smiling
Sesi bergambar kenangan.

ArtikelDiterbitkan 27 Aug 2019 7.14 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM