Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA POLIS BRUNEI DAN DUTA REPUBLIK YEMEN

Diterbitkan: 26 Aug 2019 9.20 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 26 Ogos 2019 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan Haji Hambali dan Duta Republik Yemen, H.E. Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-daripada-pesuruhjaya-polis-brunei
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:46 MYT
Kuala Lumpur, 26 Ogos 2019 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan Haji Hambali dan Duta Republik Yemen, H.E. Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini. 

Ketibaan Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan pada jam 2.30 petang tadi telah disambut dengan pasukan kawalan kehormatan Pasukan Simpanan Persekutuan di perkarangan Menara 1, Bukit Aman.

Dato' Seri Abdul Hamid dan Dato' Paduka Seri Haji Muhammad Irwan kemudiannya meluangkan masa hampir satu jam bagi membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan kedua-dua negara di Bilik Mesyuarat KPN.

Terdahulu di sebelah pagi, Dato’ Seri Abdul Hamid turut meluangkan masa menerima kunjungan hormat daripada Dr. Adel bagi membincangkan isu-isu semasa selain memperkasakan lagi hubungan kerjasama di antara Malaysia dan Yemen.

Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya dan pegawai kanan PDRM.
Image may contain: 10 people, people standing and outdoor
Sekitar pemeriksaan baris oleh Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan Haji Hambali.
Image may contain: 1 person, standing and outdoor
Ketibaan sekitar pemeriksaan baris oleh Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan Haji Hambali disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Image may contain: 7 people, people smiling, outdoor
Bergambar kenangan.
Image may contain: 7 people, people standing and outdoor
Kawalan kehormatan mengambil tempat.
Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
Sekitar kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan Haji Hambali  di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Image may contain: 8 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan Haji Hambali di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Image may contain: 2 people, people standing
Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato’ Paduka Seri Haji Muhammad Irwan Haji Hambali menandatangani buku pelawat.
Image may contain: 13 people, people smiling, people standing and indoor
Bergambar kenangan.
Image may contain: one or more people, people sitting, living room, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat daripada Duta Republik Yemen, H.E. Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor
Duta Republik Yemen, H.E. Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid menandatangani buku pelawat.
Image may contain: 9 people, people smiling, people standing, suit and indoor
Bergambar kenangan.
ArtikelDiterbitkan 26 Aug 2019 9.20 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM