Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penglibatan Kaum Cina Menggalakkan

Diterbitkan: 06 Mar 2015 11.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Jempol, 6 Mac – “Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak tiga ribu permohonan daripada kaum cina untuk menyertai PDRM dan progam latihan kali ini merupakan perintis bagi menggalakkan kaum cina untuk menyertai PDRM”, jelas Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penglibatan-kaum-cina-menggalakkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:34 MYT
Jempol, 6 Mac – “Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak tiga ribu permohonan daripada kaum cina untuk menyertai PDRM dan progam latihan kali ini merupakan perintis bagi menggalakkan kaum cina untuk menyertai PDRM”, jelas Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab, hari ini.

Berucap sempena Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Wanita Siri 1/2014 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, beliau menjelaskan sesi pengambilan kali ini turut melibatkan seramai 152 pelatih berbangsa cina dari seluruh negara.

Seramai 584 Pelatih Konstabel Wanita berjaya menamatkan program latihan tersebut setelah memulakan latihan asas kepolisan selama enam bulan sejak 14 September tahun lalu.

Menurut beliau,selari dengan Pelan Tranformasi Negara (GTP), PLAK sama ada untuk Inspektor, Kadet Sarjan dan Konstabel telah ditambah baik melalui koloborasi bersama Universiti Of Derby.

Di akhir ucapannya, beliau mengingatkan kepada semua pelatih untuk menjadi seorang anggota polis yang sentiasa berkhidmat dengan jujur, amanah, berdisplin, profesional dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Program pada hari ini turut menyaksikan Konstabel Dayang Nur Afikah Awang Sahawan dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan manakala Konstabel Tham Jing Wen sebagai Pelatih Akademik Terbaik dan Konstabel Tiong Li Li sebagai Pelatih Latihan Luar Terbaik.

_MG_7095 copy
Sekitar majlis.

_MG_7124 copy
SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab menerima Panglima Hormat daripada detachment.

_MG_7136 copy
SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab ketika memeriksa baris.

_MG_7157 copy
Bacaan doa.

_MG_7238
Lintas Hormat daripada detachment.

_MG_7268
Antara penerima Anugerah Pelatih Terbaik.

_MG_7276
SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab ketika memberikan ucapan.

_MG_7298
Lafaz ikrar.

_MG_7353
Penerima-penerima Anugerah Pelatih Terbaik.

10951951_935419689822741_1075007638_n copy
Komandan PULAPOL Air Hitam, Supt. Hj. Samsor Maarof menyampaikan cenderahati kepada SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab.

_MG_7359
Sesi gambar kenangan.
ArtikelDiterbitkan 06 Mar 2015 11.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM