Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun Facebook ‘Zulhazri Abu Bakar' atas perkongsian pengalaman dan penghargaan beliau terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan yang dipamerkan oleh Koperal Khairul Akmal Abu Bakar dan Lans Koperal Saiful Affuan Sazali dari Balai Polis Taman Perling serta Koperal Mohd Nazrib Rais dari Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah di Johor Bahru, Johor semasa berurusan di kaunter aduan di kedua-dua balai berkenaan.
Sumber: Zulhazri Abu Bakar
