Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
Kuala Lumpur - 20 Ogos 2011
Tradisi
memberi sumbangan bungkusan hari raya oleh Pergerakan Wanita UMNO
Malaysia telah berlangsung begitu lama. Ianya menjadi satu budaya yang
murni bagi memperingati jasa Pasukan Keselamatan yang telah berjaya
meletakkan negara kita, dalam keadaan yang aman dan tenteram,
sepertimana yang kita kecapi pada hari ini. Pada petang ini, sambutan Majlis
Jalinan Ramadan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Bersama Angkatan
Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Malaysia Dan Jabatan Pertahanan Awam telah berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC, Kuala Lumpur.
"Pada
kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Pergerakan Wanita UMNO, khususnya YB
Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO
Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita Dan Masyarakat, kerana
saban tahun sentiasa mengatur inisiatif murni dengan menghulurkan
sumbangan bungkusan hari raya untuk warga PDRM yang bertugas ketika
musim perayaan", ujar YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan
Ketua Polis Negara hadir bersama isteri, Y.Bhg Datin Sri Imran binti
Ibrahim.
Turut
hadir Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifli Mohd Zin, Panglima
Angkatan Tentera Malaysia bersama Isteri, Puan Sri Datin Seri Umi Kalsom
binti Wan Awang, Y.Bhg Dato' Wan Mohd Nor Haji Ibrahim, Ketua Pengarah
Jabatan Bimba Dan Penyelamat Malaysia bersama isteri, Y.Bhg Datin
Zuhairah binti Yaacob, Y.Bhg Dato' Haji Abd Halim Abd Hamid, Ketua
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersama isteri, Y.Bhg Daton
Nawal binti Saleh, Y.Bhg Datuk Hajah Kamilia Dato' Haji Ibrahim, Naib
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Y.Bhg Datuk Rosni Sohar, Penolong
Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Y.Bhg Jeneral Datuk Haji
Zulkifli Haji Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera Darat bersama
isteri, Y.Bhg Datin Hajah Rusnah binti A. Rahman, Y.Bhg Laksamana Madya
Datuk Mohammed Noordin bin Ali, Timbalan Laksamana Tentera Laut Malaysia
bersama isteri, Y.Bhg Datin Sabariah Ab. Hamid, Y.Bhg Jeneral Tan Sri
Dato' Sri Rodzali Daud, Panglima Angkatan Tentera Udara bersama isteri,
Puan Seri Datin Seri Hasnah binti Din, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM
bersama Isteri, Y.Bhg Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani, Presiden
Persatuan Bekas Tentera Malaysia, YDH Tan Sri dan Puan Sri, Dato Sri,
Dato'-Dato' dan Datin-Datin, Pegawai Kanan PDRM, Tentera, Bomba dan
Jabatan Pertahanan Awam dan Rakan Media.
"Sesungguhnya
melalui perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan anggota pasukan
keselamatan, ditambah pula dengan kekentalan semangat perjuangan tokoh
politik dan nasionalis, serta kepimpinan negara yang dinamik, mantap dan
berwawasan, juga rakyat yang memiliki semangat yang tinggi, akhirnya
telah memerdekakan negara yang kita cintai ini, dan adalah menjadi
tanggungjawab kami untuk meletakkannya pula dalam keadaan yang aman,
damai dan sejahtera", tambah YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
"Doa
dari kami adalah lebih berharga daripada 8,000 bungkusan mahupun 850
anggota keselamatan yang hadir pada hari ini, yang kita raihkan bagi
mewakili semua anggota pasukan keselamatan yang ada di seluruh negara.
Ini adalah simbolik kepada anggota keselamatan yang amat kami sayangi.
Selamat bertugas dan terima kasih kerana berkorban untuk menjaga
keamanan negara kita", YB Senator Dato' Sri Ketua Pergerakan Wanita UMNO
Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita Dan Masyarakat mengakhiri
ucapan beliau.


Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mustaqim, Imam Surau Ar-Rahman PWTC

Ucapan Y.Bhg Dato' Haji Abdul Halim Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Ucapan Y.Bhg Dato' Wan Mohammad Nor Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Ucapan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Ucapan Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifli Mohd Zin, Panglima Angakatan Tentera Malaysia

Ucapan YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Antara yang hadir
Penyampaian Sumbangan Kepada Pasukan-Pasukan Beruniform




Penyampaian Cenderahati

YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara hadir bersama isteri, Y.Bhg Datin Sri Imran binti Ibrahim.

YDH
CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah bersama isteri, Datin Seri Rohayah binti Dato Seri Panglima Haji
Mohd Yassin

YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA bersama isteri, Datin Puziyah binti Bahari

YDH CP Dato' Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik bersama isteri, Datin Noraini binti Abdul Jalil

YDH
CP Dato' Othman bin Harun, Timbalan Pengarah (Operasi/Risikan) Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik bersama isteri, Datin Fauziah binti Tajuddin

YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)

YDH
SAC Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay, SAC Litupan Rangkaian Anasir
Migran (LREM) bersama isteri, Datin Zaleha binti Mohd Ariffin

YDH DCP Dato' Tajuddin Mat Isa, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

YDH SAC Dato' Abd. Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan

YDH SAC Dato' Amar Singh A/L Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur

YDH
SAC Hasanuddin bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan
(Perjawatan) bersama isteri, Puan Faridah Hanim binti Haji Roslan

YDH Supt. Norazman bin Mohd Yusof, Ketua Polis Daerah Dang Wangi

Kejutan...
Memotong kek sempena Nuzul Quran dan sambutan ulangtahun kelahiran
ke-39, YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil yang jatuh pada 15
Ogos 2011


Bergambar bersama bungkusan hari raya
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin