Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengguna Motosikal Paling Ramai Terkorban

Published: 12 Jun 2014 8.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pengguna motosikal masih lagi merupakan golongan yang paling ramai terkorban akibat kemalangan jalan raya dengan jumlah 40 mangsa daripada keseluruhan kematian yang direkodkan iaitu 67 mangsa dalam te..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengguna-motosikal-paling-ramai-terkorban
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:29 MYT

Pengguna motosikal paling ramai terkorban...
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

Sungai Besi, 30 Jan. Pengguna motosikal masih lagi merupakan golongan yang paling ramai terkorban akibat kemalangan jalan raya dengan jumlah 40 mangsa daripada keseluruhan kematian yang direkodkan iaitu 67 mangsa dalam tempoh enam (6) hari Op Selamat 4/2014.
 

Sejak dilancarkan pada 24 Januari 2014, sebanyak 6,136 kes kemalangan telah direkodkan berbanding 7,034 kes bagi tempoh sama semasa perayaan Sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu, mencatatkan penurunan sebanyak -12.8 peratus atau 898 kes kemalangan jalan raya di seluruh negara.

Daripada jumlah 6,136 kes kemalangan jalan raya, sejumlah 1,105 kemalangan berlaku di Jalan Persekutuan, 562 kemalangan di Lebuh raya dan 1,052 kemalangan berlaku di Jalan Negeri. Kemalangan jalan raya di jalan bandaran pula mencatatkan 3,075 kes dan lain-lain melibatkan 342 kes kemalangan.

Sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 4/2014 Perayaan Tahun Baru Cina, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri telah meluangkan masa ‘turun padang’ bagi menjayakan kempen tersebut di Plaza Tol Sungai Besi (arah selatan) petang tadi.

Di kempen tersebut, YB Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan ‘goodies’ kepada pengguna lebuhraya yang disumbangkan oleh Syarikat Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Plus Expressways Berhad dan Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd.

Turut hadir,YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dato’ Mohamad Khalid bin Haji Shariff, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Y.Bhg Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, Pengarah Urusan Plus Expressways Berhad, YDH SAC Dato’ Haji Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan serta dif-dif jemputan.

Pengguna Motosikal Paling Ramai Terkorban
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara di Plaza Tol Sg. Besi

Pengguna Motosikal Paling Ramai Terkorban
Ketibaan YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri

Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 4/2014 di Plaza Tol Sg. Besi
Pengguna Motosikal Paling Ramai Terkorban
Pengguna Motosikal Paling Ramai Terkorban
Pengguna Motosikal Paling Ramai Terkorban
Pengguna Motosikal Paling Ramai Terkorban
Pengguna Motosikal Paling Ramai Terkorban
Pengguna Motosikal Paling Ramai Terkorban
Pengguna Motosikal Paling Ramai Terkorban

Pengguna Motosikal Paling Ramai Terkorban
Sidang Media...

ArticlePublished 12 Jun 2014 8.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM