Seorang
lelaki warga India yang dipercayai pengganas Sikh dari kumpulan Babbar
Khalsa International (BKI), iaitu kumpulan militan yang terllbat dalam
beberapa siri pengeboman di India berjaya diberkas di negara ini
baru-baru ini.
Suspek
yang diberkas di sebuah lokasi di Cheras kemudian diusir ke negara
asalnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menaiki penerbangan di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Siasatan
mendapati suspek, Satpal Singh Raghvir Singh, 41, berperanan membantu
menyediakan dokumen palsu kepada beberapa ahli kumpulan itu untuk
melarikan diri ke negara lain selepas terlibat dalam beberapa siri
pengeboman di negaranya.
Sumber : Akhbar Utusan Malaysia

Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Pengganas Diusir Dari Malaysia
Suspek yang diberkas di sebuah lokasi di Cheras kemudian diusir ke negara asalnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengganas-diusir-dari-malaysia
Scan to view the latest live version.