Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengerusi Perkep Malaysia Dikurnia Darjah Kebesaran K M N Oleh Yang Di Pertuan Agong

Diterbitkan: 20 Jul 2023 3.11 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 Julai 2023 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KYDMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengerusi-perkep-malaysia-dikurnia-darjah-kebesaran-k-m-n-oleh-yang-di-pertuan-agong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:07 MYT
Kuala Lumpur, 20 Julai 2023 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KYDMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Puan Sri Zainah dikurniakan K.M.N. dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, Jalan Duta di sini.

Berangkat hadir sama ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Yang turut dikurnia darjah kebesaran dalam istiadat sama ialah anggota Batalion 3, Pasukan Gerakan Am, Sarjan Norihan Tari menerima Pingat Gagah Berani (P.G.B.). Beliau bersama rakannya, mendiang Sarjan Baharuddin Ramli telah diserang penyeludup dekat sempadan Malaysia-Thailand pada 24 November 2020.

Hadir sama dalam istiadat tersebut ialah Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

 
ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2023 3.11 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM