Artikel
PENGERUSI PERKEP MALAYSIA ADAKAN LAWATAN KERJA RASMI KE KONTINJEN KELANTAN
Kota Bharu, 7 Jun 2026 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose hari ini telah mengadakan lawatan ker...
Kota Bharu, 7 Jun 2026 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose hari ini telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini.
Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan, Datin Hjh. Hasnizan Hasan sebelum ke sesi kunjungan ke atas Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat di pejabatnya.
Lawatan kerja itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuhkan kerjasama antara PERKEP Malaysia dengan PERKEP Kontinjen Kelantan dalam usaha memperkasakan kebajikan warga Polis Diraja Malaysia serta ahli keluarga.
Turut mengiringi, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sri Selmiah Tuan Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datin Syamson Syuhaila Razali dan Penolong Setiausaha Agung II PERKEP Malaysia, ASP Noor Hasliza Mohd Yusoff.
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan