Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengedar Dadah Patah Kaki Selepas Cuba Lari Dari Polis

Published: 17 Jun 2014 6.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Ketika serbuan, terdapat dua lelaki di bilik berkenaan, suspek bertindak terjun menerusi tingkap menyebabkan kaki kanannya patah dan berjaya diberkas polis kemudiannya...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-dadah-patah-kaki-selepas-cuba-lari-dari-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:36 MYT

Kuantan, 3 Julai - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah patah kaki kanan selepas bertindak terjun menerusi tingkap sebuah hotel bajet dekat Sungai Jan, Jerantut semalam.

Dalam kejadian 4.50 petang itu, suspek bertindak demikian untuk melarikan diri dari kepungan polis.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata hasil maklumat awam, pihak polis menyerbu ke hotel berkenan.

"Ketika serbuan, terdapat dua lelaki di bilik berkenaan, suspek bertindak terjun menerusi tingkap menyebabkan kaki kanannya patah dan berjaya diberkas polis kemudiannya.

"Manakala seorang lagi suspek, 24, berjaya diberkas di bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan di bilik itu polis menemui satu paket plastik berisi serbuk dipercayai dadah jenis heroin seberat 31 gram, dianggarkan bernilai RM2,000.

"Suspek yang berasal dari Temerloh dan patah kaki kanan itu dihantar ke Hospital Jerantut bagi mendapat rawatan dan kedua-dua suspek itu kini ditahan reman" katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM