Pengedar Dadah Patah Kaki Selepas Cuba Lari Dari Polis
Kuantan,
3 Julai - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah patah kaki kanan
selepas bertindak terjun menerusi tingkap sebuah hotel bajet dekat
Sungai Jan, Jerantut semalam.
Dalam kejadian 4.50 petang itu, suspek bertindak demikian untuk melarikan diri dari kepungan polis.
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata hasil maklumat awam, pihak polis menyerbu ke hotel berkenan.
"Ketika
serbuan, terdapat dua lelaki di bilik berkenaan, suspek bertindak
terjun menerusi tingkap menyebabkan kaki kanannya patah dan berjaya
diberkas polis kemudiannya.
"Manakala seorang lagi suspek, 24, berjaya diberkas di bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Katanya,
hasil pemeriksaan di bilik itu polis menemui satu paket plastik berisi
serbuk dipercayai dadah jenis heroin seberat 31 gram, dianggarkan
bernilai RM2,000.
"Suspek
yang berasal dari Temerloh dan patah kaki kanan itu dihantar ke
Hospital Jerantut bagi mendapat rawatan dan kedua-dua suspek itu kini
ditahan reman" katanya.
Sumber : BERNAMA