Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengedar Dadah Ditahan Ketika Tunggu Pelanggan

Published: 03 Sep 2015 8.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Gajah - Hasrat seorang lelaki yang mahu mendapatkan habuan daripada jualan dadah tidak kesampaian apabila dia dicekup polis di rumahnya di Kampung Pegoh di sini Sabtu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-dadah-ditahan-ketika-tunggu-pelanggan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:07 MYT
Alor Gajah - Hasrat seorang lelaki yang mahu mendapatkan habuan daripada jualan dadah tidak kesampaian apabila dia dicekup polis di rumahnya di Kampung Pegoh di sini Sabtu lalu.

Semasa dicekup pada pukul 11.30 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 41 tahun sedang duduk di beranda rumah dipercayai menunggu pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Muhammad Ismail Muhammad Yusof berkata, pemeriksaan kemudian menemui 10 bekas plastik berisi dadah jenis ganja seberat empat kilogram di dalam rumah berkenaan.

Lelaki berkenaan kini direman seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Sumber: Kosmo

Pengedar Dadah Ditahan Ketika Tunggu Pelanggan
ArticlePublished 03 Sep 2015 8.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM