Pengedar Dadah Dicekup Timbalan Kpd
Hasrat
dua pengedar dadah untuk menjual barang larangan tidak kesampaian
apabila mereka ditahan dalam Op Cantas Khas pasukan trafik semalam.
Kedua-dua
suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ itu dicekup
sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Tukiman
Seriman yang turut menyertai operasi tersebut. Pemeriksaan lanjut
mendapati kedua-dua suspek memiliki rekod jenayah. Kedua-dua mereka
dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) untuk soal siasat. Kes ini
disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia