Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengedar Dadah Dicekup Bersama Pistol

Diterbitkan: 27 Sep 2018 7.29 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kota Bahru, 27 September 2018 - Seorang pengedar dadah dicekup bersama sepucuk pistol dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, di sini pagi kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-dadah-dicekup-bersama-pistol
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:48 MYT

Kota Bahru, 27 September 2018 - Seorang pengedar dadah dicekup bersama sepucuk pistol dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, di sini pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi itu, polis turut merampas 370 biji pil kuda dan sembilan botol dadah jenis heroin bernilai RM25,400 serta wang tunai RM666.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanudin Hassan berkata, suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai buruh itu dicekup di hadapan rumahnya oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat PolisDaerah (IPD) Pasir Mas.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas rumah suspek membawa kepada penemuan dadah dan senjata api jenis Revolver yang disembunyikan di dalam sebuah bilik.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 3 Oktober ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hasanudin memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - UTUSAN ONLINE

 

ArtikelDiterbitkan 27 Sep 2018 7.29 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM