Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tekad Banteras Jenayah Di Sentul

Diterbitkan: 27 Sep 2018 12.56 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Menjalankan operasi menumpaskan cubaan culik, kumpulan samun, gengsterisme, perjudian, curi kenderaan dan pecah rumah selain melakukan risikan bagi setiap jenayah termasuk kes bunuh.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tekad-banteras-jenayah-di-sentul
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:44 MYT

Menjalankan operasi menumpaskan cubaan culik, kumpulan samun, gengsterisme, perjudian, curi kenderaan dan pecah rumah selain melakukan risikan bagi setiap jenayah termasuk kes bunuh.

Itu antara peranan Pasukan Risikan dan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dalam memastikan setiap kes jenayah yang dilaporkan dapat diselesaikan.

Pasukan tersebut dianggotai 70 anggota serta tujuh pegawai dari lima bahagian iaitu Bahagian Risikan Jenayah (D4), Bahagian Bantuan Teknik (D6), Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) dan Bahagian Siasatan Khas (D9) yang diketuai Asisten Superintendan Ahmad Lutfi Abdul Mutalip.

Setiap risikan dan operasi yang dilakukan dirancang teliti dengan kerjasama pegawai dan anggota terlibat selain mendapat bimbingan Ketua PolisDaerah, Asisten Komisioner R. Munusamy, pasukan tersebut berjaya menyelesaikan hampir setiap kes yang disiasat.

Dalam menyelesaikan sesuatu kes, mereka perlu berfikir secara kritis dan mendalam untuk segala kemungkinan yang berlaku. Setiap tindakan dan perancangan yang diambil perlu selangkah atau dua langkah ke hadapan daripada suspek bagi mencari bukti serta petunjuk untuk memberkas suspek.

Sumber: Utusan Malaysia

ArtikelDiterbitkan 27 Sep 2018 12.56 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM