Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengedar Dadah Diberkas Selepas Cuba Larikan Diri Dengan Motosikal Di Labuan

Published: 06 Oct 2015 10.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Labuan, 6 Okt- Polis peronda Labuan memberkas seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dalam insiden mengejar berkelajuan tinggi di Jalan Durian Tunjong, di sini tengah hari tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-dadah-diberkas-selepas-cuba-larikan-diri-dengan-motosikal-di-labuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:07 MYT

Labuan, 6 Okt- Polis peronda Labuan memberkas seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dalam insiden mengejar berkelajuan tinggi di Jalan Durian Tunjong, di sini tengah hari tadi.

Suspek berusia 40 tahun itu sedang menunggang motosikal di Jalan Batu Arang kira-kira pukul 1.15 tengah hari sebelum memecut apabila menyedari dirinya diekori polis.

“Bagaimanapun, suspek terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum diberkas," kata Ketua Polis Daerah Labuan, Supt. Adzhar Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Polis turut merampas 2.22 gram syabu daripadanya dan siasatan masih dijalankan untuk memastikan sejauh mana pembabitkan suspek dalam pengedaran dadah.

Suspek kini ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sewaktu Op Jalanan pada 26 Sept lepas, polis turut menahan seorang penunggang motosikal berumur 23 tahun kerana memiliki syabu dan telah didakwa di mahkamah.

"Dia ditahan selepas diekori dari stesen minyak di Tanjung Purun sekitar pukul 10 hingga 12 malam," kata Adzhar.-BERNAMA

ArticlePublished 06 Oct 2015 10.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM