Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengarah Syarikat Guna Surat Sokongan Palsu Pinjam Rm5 7 Juta Dicari

Diterbitkan: 29 May 2015 6.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Putrajaya, 29 Mei- Seorang pengarah syarikat Rossington Consolidated Sdn Bhd (RCSB) dikehendaki polis berhubung kes penggunaan surat sokongan palsu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat pinjaman sebanyak RM5.7 juta daripada CIMB Bank Berhad (CIMB).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-syarikat-guna-surat-sokongan-palsu-pinjam-rm5-7-juta-dicari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:34 MYT

Putrajaya, 29 Mei- Seorang pengarah syarikat Rossington Consolidated Sdn Bhd (RCSB) dikehendaki polis berhubung kes penggunaan surat sokongan palsu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat pinjaman sebanyak RM5.7 juta daripada CIMB Bank Berhad (CIMB).

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt Mak Pak Chuai berkata pengarah syarikat RCSB Kamar Ismail, yang beralamat di Kondominium Sri Alam, Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, sedang dicari bagi membantu siasatan kes.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada wakil KPM pada 16 Ogos tahun lepas yang mendakwa tandatangan bekas Ketua Setiausaha KPM Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dipalsukan di atas dokumen "Letter of Consent" yang digunakan untuk membuat pinjaman daripada CIMB.

Hasil siasatan polis mendapati syarikat terbabit berjaya memperoleh pinjaman RM5.7 juta daripada CIMB berikutan dokumen sokongan palsu itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mengikut perjanjian antara CIMB dan RCSB, semua pembayaran kerja kontrak oleh KPM akan dibayar kepada 'Akaun Escrow' yang diwujudkan di atas persetujuan pengarah-pengarah syarikat itu dan CIMB.

"Siasatan menunjukkan KPM tidak mempunyai pengetahuan mengenai pinjaman oleh RCSB daripada CIMB Bank. KPM tidak menerima apa-apa arahan daripada RCSB untuk membuat pembayaran kepada 'Akaun Escrow' itu," kata Mak.

Katanya pemalsuan itu menyebabkan CIMB mengalami kerugian RM5.7 juta.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Balwant Singh di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Putrajaya di talian 03 88862044 atau 012-2889007.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 29 May 2015 6.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM