Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengarah Start Rasmikan Balai Polis Bandar Tenggara

Published: 16 Dec 2019 2.20 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Tajudin Md Isa berbesar hati merasmikan Balai Polis Bandar Tenggara dalam satu majlis di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-start-rasmikan-balai-polis-bandar-tenggara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:05 MYT

Kota Tinggi, 16 Disember 2019 - Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Tajudin Md Isa berbesar hati merasmikan Balai Polis Bandar Tenggara dalam satu majlis di sini, hari ini.

Dato’ Sri Tajudin yang diiringi Ketua Polis Johor, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din telah menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan dan menandatangani plak perasmian sebelum dibawa melawat sekitar balai polis berkenaan.

Balai Polis Bandar Tenggara yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi secara rasminya siap dibangunkan pada 15 Disember 2005.

Menelan kos pembinaan lebih RM6 juta, balai polis tersebut mula beroperasi sepenuhnya pada 5 Januari 2009 dan merupakan satu daripada 13 buah balai polis di bawah pentadbiran Ketua Polis Daerah Kota Tinggi.

Turut hadir dalam majlis tadi ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan StaRT PDRM Bukit Aman, Datin Sri Mastura Hashim, Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Datin Johariah Urib Mohd Ariffin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali dan isteri, para pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, pegawai awam serta ahli PERKEP Kontinjen Johor.

Image may contain: 5 people
Image may contain: 5 people
Image may contain: 7 people, people standing and outdoor

Image may contain: 8 people, people standing
ArticlePublished 16 Dec 2019 2.20 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM