Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengarah Jsjn Hadir Mesyuarat Libatkan Isu Banteras Dadah Di Sempadan Negara

Diterbitkan: 16 Dec 2019 10.33 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Bagi mengatur strategi pembanterasan dadah di sempadan Malaysia-Thailand, satu mesyuarat kerja melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Biro Pembanterasan Narkotik (PNSB) Thailand telah diadakan di Hotel Kantary, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-jsjn-hadir-mesyuarat-libatkan-isu-banteras-dadah-di-sempadan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:07 MYT

Bangkok, 16 Disember 2019 - Bagi mengatur strategi pembanterasan dadah di sempadan Malaysia-Thailand, satu mesyuarat kerja melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Biro Pembanterasan Narkotik (PNSB) Thailand telah diadakan di Hotel Kantary, di sini, hari ini.

JSJN yang diketuai oleh pengarahnya, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd manakala PNSB Thailand diwakili Commisioner of Police Lieutenant General Chinnapat Sarasin telah membincangkan beberapa isu penting termasuk mengetatkan kawalan sempadan, memperkukuhkan perkongsian maklumat risikan selain pendekatan terbaik bagi membendung penyalahgunaan, pengedaran dan penyeludupan dadah dari dalam serta luar negara.

Turut diadakan penganugerahan sayap “Sayub Payree" - sayap khas unit tindakan khas PNSB Thailand kepada Datuk Mohd Khalil atas pencapaian cemerlang beliau dalam usaha membanteras najis dadah secara total.

Hadir sama, Penolong Pengarah Risikan Narkotik, ACP Ravindar Singh Sarban Singh, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan Perhubungan Antarabangsa), ACP Mazleen Mohd Nasir dan para pegawai kanan JSJN.

Image may contain: 19 people, people smiling, people standing and suit
Bergambar kenangan.

Image may contain: 1 person, smiling, standing and suit
Commisioner of Police Lieutenant General Chinnapat Sarasin menyampaikan sayap khas iaitu "Sayub Payree" kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Image may contain: 1 person, suit
Commisioner of Police Lieutenant General Chinnapat Sarasin menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Image may contain: 2 people, people standing and suit
Commisioner of Police Lieutenant General Chinnapat Sarasin menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

 
 
 
 


ArtikelDiterbitkan 16 Dec 2019 10.33 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM