
Pengarah Pengurusan Terima Kunjungan Hormat Ksu Kats
Kuala Lumpur, 7 Mac 2019 - Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, CP Dato' Abd Rahim Jaafar berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Datuk Zurinah Pawanteh di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Turut hadir, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Operasi), Dato' Fisol Salleh dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan.
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, CP Dato' Abd Rahim Jaafar menyampaikan cenderahati kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Datuk Zurinah Pawanteh.
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.
Sesi menandatangani buku pelawat.