
Article
Pengarah Pengurusan Hadir Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023
Putrajaya, 4 November 2023 - 'Keluarga Harmoni, Negara MADANI' menjadi tema bagi Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Tahun 2023 yang dihadiri oleh Peng...
Putrajaya, 4 November 2023 - 'Keluarga Harmoni, Negara MADANI' menjadi tema bagi Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Tahun 2023 yang dihadiri oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim dekat Dataran Putrajaya di sini, pagi tadi.
Sambutan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Berucap dalam perasmian tadi, Dato' Seri Anwar berharap agar sambutan yang diraikan saban tahun dapat menjadi platform penting untuk menyemarakkan keutuhan dan keterangkuman dalam Keluarga Madani yang berbilang kaum di Malaysia.
Seusai ucapan dan gimik pelancaran, acara diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kasih Keluarga sebagai menghargai organisasi yang mesra keluarga kepada TENAGA NASIONAL BERHAD serta Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan buat para pengunjung melalui Ekspo Kasih MADANI seperti diskaun pakej percutian bersama keluarga dan aktiviti permainan untuk kanak-kanak.
Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya juga tidak ketinggalan menyediakan kaunter semakan serta pengurangan saman sehingga 30 peratus bagi kesalahan trafik terpilih sehingga esok.
Hadir sama, isteri PM, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri KPWKM, Dato' Sri Hjh. Nancy Shukir dan Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Hj. Abdul Aziz.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.







