
Artikel
Posting Pilihan Ipd Padang Besar Akan Dibina Baharu Tahun Depan
Kuala Perlis, 4 November 2023 - Kerajaan akan membina Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar yang baharu di tapak sedia ada dengan kerja pembinaan banguna...
Kuala Perlis, 4 November 2023 - Kerajaan akan membina Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar yang baharu di tapak sedia ada dengan kerja pembinaan bangunan itu dijangkakan bermula tahun depan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, projek pembangunan itu telah mendapat kelulusan bajet untuk dilaksanakan setelah tersenarai antara IPD yang akan dibangunkan semula.
"(IPD Padang Besar melibatkan) binaan baharu, bajet diluluskan, tanah dah ada (atas tapak sedia ada), seterusnya proses kaedah perolehan, lantikan (kontraktor) dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Kuala Perlis Wilayah I di sini hari ini.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri dan BERNAMA