Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengarah Pengurusan Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Johor

Published: 12 Aug 2022 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 11 Ogos 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi mendengar Taklimat Pelaporan Hasil Pemeriksaan Balai Mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-pengurusan-adakan-lawatan-kerja-ke-ipk-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:06 MYT
Johor Bahru, 11 Ogos 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi mendengar Taklimat Pelaporan Hasil Pemeriksaan Balai Mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 di sini, hari ini.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat bersama timbalannya, DCP Dato’ Khaw Kok Chin.

Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, ACP Zulkufli Ismail berkaitan pelaporan hasil pemeriksaan PTKPN A117 yang dijalankan di seluruh kontinjen tersebut, minggu lalu.

Sejurus selesai, Datuk Zaini berkesempatan menyampaikan amanat kepada warga Kontinjen Johor.

Dalam majlis sama, turut diadakan taklimat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Ketua Pegawai Eksekutif KOP Mantap Berhad, Datuk Ir. Ts. Hj. Wan Nazri Hj. Wan Aria berkenaan kemudahan yang disediakan oleh pihak koperasi kepada warga Pasukan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Bukit Aman, DCP Hj. Azmi Adam, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah dan Balai serta warga IPK Johor.

Sumber: Polis Johor

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 6 people, people standing, indoor and text

May be an image of 1 person and standing

ArticlePublished 12 Aug 2022 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM