Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengarah Pengurusan Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Pengarah Jakoa Malaysia

Diterbitkan: 23 Dec 2020 12.23 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 Disember 2020 – Pengarah Pengurusan, CP Dato' Ramli Haji Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Malaysia, Profesor Dr. Juli Edo di Wisma Golden Eagle Reality, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-pengurusan-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-ketua-pengarah-jakoa-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:49 MYT
Kuala Lumpur, 23 Disember 2020 – Pengarah Pengurusan, CP Dato' Ramli Haji Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Malaysia, Profesor Dr. Juli Edo di Wisma Golden Eagle Reality, di sini, petang tadi.

Dalam pertemuan tersebut, Dato’ Ramli telah menyatakan hasratnya untuk menjalin kerjasama dengan pihak JAKOA Malaysia dalam menangani masalah kekurangan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis di kalangan masyarakat Orang Asli dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, perkara yang turut dibincangkan adalah mengenai medium komunikasi berkesan dalam menarik minat golongan masyarakat tersebut menyertai skim “regular” PDRM terutamanya mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang ditetapkan.

Dalam lawatannya juga, Dato’ Ramli menyatakan bahawa sesi pengambilan khas yang dijangka akan dibuka pada awal tahun hadapan menunjukkan PDRM serius mendedahkan secara meluas laluan kerjaya yang ada, sekali gus menepis persepsi Orang Asli di Malaysia dipinggirkan dalam Pasukan.

Perbincangan dua hala tersebut telah disambut baik oleh Profesor Dr. Juli, malah beliau berlapang dada untuk membantu PDRM dalam merealisasikannya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Dato’ Azmi Abu Kassim, Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan), Cawangan Perjawatan Bukit Aman, ACP Datin Sharifah Zanariah Syed Mahamood, Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Superintendan Skandaguru Anandan, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Superintendan Ahmad Nor Nai, Pegawai Turus (Permodenan Pentadbiran/Parlimen), Superintendan Dr. Sivabalan Suppiah dan Penolong Pengarah 2, Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan, JAKOA Malaysia, Encik Che Mohd Ridzuan Che Ali.

Image may contain: 11 people, people standing
Sesi bergambar kenangan.

Image may contain: 3 people, people standing
Pengarah Pengurusan, CP Dato' Ramli Haji Din menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Malaysia, Profesor Dr. Juli Edo di Wisma Golden Eagle Reality, Kuala Lumpur.

Image may contain: 3 people, screen, office, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Pengarah Pengurusan, CP Dato' Ramli Haji Din ke atas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Malaysia, Profesor Dr. Juli Edo di Wisma Golden Eagle Reality, Kuala Lumpur.

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Pengarah Pengurusan, CP Dato' Ramli Haji Din ke atas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Malaysia, Profesor Dr. Juli Edo di Wisma Golden Eagle Reality, Kuala Lumpur.

Image may contain: 3 people, people standing
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Malaysia, Profesor Dr. Juli Edo menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Pengurusan, CP Dato' Ramli Haji Din di Wisma Golden Eagle Reality, Kuala Lumpur.
ArtikelDiterbitkan 23 Dec 2020 12.23 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM