Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengarah Kdn Ka Tunai Tanggungjawab Undi Pos

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pengundian pos bermula sebaik sahaja kertas undi dicetak setelah selesai proses penamaan calon. Undi pos hanya untuk petugas media, polis, dan warganegara malaysia yang berada di luar kawasan tempat m..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-kdn-ka-tunai-tanggungjawab-undi-pos
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:47 MYT
Oleh : L/Kpl Edwind Indo

PENGARAH KDN/KA TUNAI TANGGUNGJAWAB UNDI POS

BUKIT AMAN, 29 April – Meskipun sibuk menjalankan tugas menjaga keselamatan dan kenteraman negara, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia iaitu mengundi tetap ditunaikan oleh YDH Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam, Dato' Sri Salleh Bin Mat Rasid.

Pengundian pos bermula sebaik sahaja kertas undi dicetak setelah selesai proses penamaan calon. Undi pos hanya untuk petugas media, polis, dan warganegara malaysia yang berada di luar kawasan tempat mengundi atau luar Negara.

Tinjauan proses pengundian pos di Bukit Aman yang bermula pada jam 8 pagi tadi berjalan dengan lancar.

Pengarah Kdn Ka Tunai Tanggungjawab Undi Pos
Ketibaan YDH Dato' Sri Salleh Bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam disambut oleh Pegawai Kanan Polis

Pengarah Kdn Ka Tunai Tanggungjawab Undi Pos
Pengarah KDN/KA menunjukkan sampul kertas undi berserta peraturan-peraturan pilihan raya

Pengarah Kdn Ka Tunai Tanggungjawab Undi Pos
Turut mengundi pos adalah YDH Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman

Pengarah Kdn Ka Tunai Tanggungjawab Undi Pos
YDH Pengarah KDN/KA menanda kertas undi

Pengarah Kdn Ka Tunai Tanggungjawab Undi Pos
YDH Pengarah KDN/KA memasukkan kertas undi pos ke dalam beg undi pos

Pengarah Kdn Ka Tunai Tanggungjawab Undi Pos
Ketua Trafik Pasukan memasukkan kertas undi pos ke dalam beg undi pos

Pengarah Kdn Ka Tunai Tanggungjawab Undi Pos
Pengarah Kdn Ka Tunai Tanggungjawab Undi Pos
YDH Pengarah KDN/KA turut meninjau tempat proses pengundian awal yang bermula esok

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM