Pengarah Kdn Ka Tunai Tanggungjawab Undi Pos
PENGARAH KDN/KA TUNAI TANGGUNGJAWAB UNDI POS
BUKIT
AMAN, 29 April – Meskipun sibuk menjalankan tugas menjaga keselamatan
dan kenteraman negara, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat
Malaysia iaitu mengundi tetap ditunaikan oleh YDH Pengarah Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam, Dato' Sri Salleh Bin Mat
Rasid.
Pengundian pos bermula sebaik sahaja kertas undi dicetak setelah selesai proses penamaan calon. Undi pos hanya untuk petugas media, polis, dan warganegara malaysia yang berada di luar kawasan tempat mengundi atau luar Negara.
Tinjauan proses pengundian pos di Bukit Aman yang bermula pada jam 8 pagi tadi berjalan dengan lancar.

Ketibaan
YDH Dato' Sri Salleh Bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri Dan Kenteraman Awam disambut oleh Pegawai Kanan Polis

Pengarah KDN/KA menunjukkan sampul kertas undi berserta peraturan-peraturan pilihan raya

Turut mengundi pos adalah YDH Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman

YDH Pengarah KDN/KA menanda kertas undi

YDH Pengarah KDN/KA memasukkan kertas undi pos ke dalam beg undi pos

Ketua Trafik Pasukan memasukkan kertas undi pos ke dalam beg undi pos


YDH Pengarah KDN/KA turut meninjau tempat proses pengundian awal yang bermula esok