Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengarah Jsjk Teruskan Lawatan Kerja Hari Kedua Di Unh

Published: 21 Jun 2023 3.03 AM Updated: 15 Aug 2026 8.24 PM
Kehadiran Dato' Sri Ramli bersama delegasi disambut oleh para pegawai dari Nepal Form Police Unit (FPU)-01 sebelum dibawa ke Kem Nepal FPU-01 bagi mendengar taklimat berkenaan penempatan Pasukan Nepal FPU-01 dan lawatan di sekitar kawasan untuk melihat beberapa kelengkapan kenderaan United Nation (UN) yang digunakan dalam misi di sana.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-jsjk-teruskan-lawatan-kerja-hari-kedua-di-unh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:15 MYT
Juba, 21 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf meneruskan lawatan kerja hari kedua di Selatan Sudan dengan mengunjungi United Nation House (UNH) di sini, kelmarin.

Kehadiran Dato' Sri Ramli bersama delegasi disambut oleh para pegawai dari Nepal Form Police Unit (FPU)-01 sebelum dibawa ke Kem Nepal FPU-01 bagi mendengar taklimat berkenaan penempatan Pasukan Nepal FPU-01 dan lawatan di sekitar kawasan untuk melihat beberapa kelengkapan kenderaan United Nation (UN) yang digunakan dalam misi di sana.

Seusai lawatan, Dato' Sri Ramli bersama delegasi mengadakan kunjungan hormat ke atas Police Commissioner of the United Nations Mission in South Sudan (UNMISS), H.E Christine Fossen dan OIC Deputy Police Commissioner, H.E Murat Isik, yang antara lain membincangkan mengenai pertambahan bilangan (United Nations Police) UNPOL di UNMISS serta situasi keselamatan semasa di Sudan Selatan.

Dato' Sri Ramli kemudiannya mengadakan pertemuan bersama Force Commander of UNMISS, H.E Lieutenant General Mohan Subramanian dalam mendapatkan secara terperinci berkenaan impak keselamatan susulan pertempuran yang berlaku di Sudan.

Pada sesi petang, satu kunjungan hormat telah diadakan ke atas Inspector General of South Sudan National Police Service (SSNPS), Inspector General Police, H.E General Majak Akec Malok di Pejabat Ministry of Interior, South Sudan. Antara isu yang disentuh adalah peranan SSNPS dan UNMISS dalam menangani jenayah terutama krisis berterusan di dalam Kem Protection of Civilians (POC) di Malakal, Upper Nile State.

Delegasi Pasukan terdiri daripada Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) (PGA) Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Pegawai Pemerintah Batalion 20 Beluran Sabah, ACP Ahmad Radzi Hussain, Ketua Pegawai Turus Istiadat, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Ra'ayim Hj. Jemakir dan Pegawai Turus Gerakan dan Risik Briged Tengah PGA, DSP Mohd Mazlan Mohd Ariff.

May be an image of 5 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 12 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 9 people

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people, ambulance and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 8 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 2 people and text


ArticlePublished 21 Jun 2023 3.03 AMUpdated 15 Aug 2026 8.24 PM