Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengarah Jsjk Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Special Representative Of The Secretary General And Head Of Unmiss

Diterbitkan: 19 Jun 2023 9.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Juba, 19 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf dijadualkan membuat kunjungan hormat ke atas Special Representative of The Secretary-General and Head of United Nations Mission in South Sudan (UNMISS), H.E Mr. Nicholas Haysom.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-jsjk-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-special-representative-of-the-secretary-general-and-head-of-unmiss
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:25 MYT
Juba, 19 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf dijadualkan membuat kunjungan hormat ke atas Special Representative of The Secretary-General and Head of United Nations Mission in South Sudan (UNMISS), H.E Mr. Nicholas Haysom.

Beliau yang dalam lawatan kerja ke Selatan Sudan bagi mewakili Ketua Polis Negara untuk meraikan warga Pasukan yang dianugerahkan pingat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Police Commissioner UNMISS, H.E Ms. Christine Fossen dan Inspector General of South Sudan National Police Service, Inspector General Police, H.E General Majak Akec Malok.

Terdahulu, Dato' Sri Ramli bersama delegasi negara tiba di Juba semalam dengan disambut oleh Komander United Nations Police (UNPOL) Malaysia, Superintenden Dr. Sivabalan Suppiah bersama timbalannya, DSP Che Kueylani Che Ibrahim.

Delegasi Pasukan terdiri daripada Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) (PGA) Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Pegawai Pemerintah Batalion 20 Beluran Sabah, ACP Ahmad Radzi Hussain, Ketua Pegawai Turus Istiadat, Jabatan Pengurusan, Superintendan Ra'ayim Hj. Jemakir dan Pegawai Turus Gerakan dan Risik Briged Tengah PGA, DSP Mohd Mazlan Mohd Ariff dan para penerima pingat.

 
 
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2023 9.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM