
Artikel
Pengarah Jabatan Kdnka Lawat Mcc Bukit Aman Selepas Solat Sunat Aidilfitri
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali adakan lawatan ke Pusat Kawalan Malaysia (MCC) sejurus men...
Kuala Lumpur, 2 Mei 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali adakan lawatan ke Pusat Kawalan Malaysia (MCC) sejurus menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Bukit Aman, pagi tadi.
Beliau turut berkesempatan beramah mesra dengan para petugas Polis Diraja Malaysia yang bertugas di MCC tersebut.
Hadir sama, SAC Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC M.V Srikumar Madhavan Nair dan Ketua Penolong Pengarah Urusetia Jabatan KDNKA Bukit Aman, ACP Mohd Ashari Hj. Baidawi.






