Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengantin Baru Jatuh Elak Polis

Published: 19 Jun 2014 1.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasangan yang baru berkahwin sebulan lalu ditahan pihak polis dalam Ops Cantas Khas Rempit yang dilakukan Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dalam cubaan mengelakkan diri daripada ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengantin-baru-jatuh-elak-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:22 MYT

Pasangan yang baru berkahwin sebulan lalu ditahan pihak polis dalam Ops Cantas Khas Rempit yang dilakukan Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dalam cubaan mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa tersebut.

Siasatan awal mendapati si suami tidak memiliki lesen dan cukai jalan lalu cuba meloloskan diri daripada ditahan polis namun motosikal yang ditunggangnya jatuh lalu menyebabkan si isteri cedera ringan.

Selain itu, pihak polis turut menemui sebotol air ketum yang diproses sendiri di dalam beg tangan wanita terbabit dan mendakwa digunakan si suami sendiri untuk membuat kerja menabur baja dan bukan tujuan jualan.

Namun, pasangan tersebut kemudiannya dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut manakala motosikalnya disita.

Pengantin Baru Jatuh Elak Polis
Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM