Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penganggur Rompak Kedai Serbaneka Guna Pistol Palsu Ditahan

Published: 06 Aug 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan ke atas kedai serbaneka dengan menggunakan pistol palsu ditahan semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganggur-rompak-kedai-serbaneka-guna-pistol-palsu-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:54 MYT

George Town, 7 Ogos - Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan ke atas kedai serbaneka dengan menggunakan pistol palsu ditahan semalam.

Turut dirampas daripada penganggur berusia 33 tahun itu ialah empat paket kecil dadah, 20 biji pil dadah, sepucuk pistol tiruan bersama kelopak peluru, pisau panjang, pisau pemotong kertas dan sebatang besi panjang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata lelaki itu ditahan di flat di Paya Terubong, Air Hitam di sini.

"Lelaki itu pada mulanya cuba melarikan diri dengan memecut sebuah motosikal dan bersembunyi di kawasan berhampiran flat itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata motosikal yang digunakan suspek adalah yang dilapor hilang di Sungai Dua baru-baru ini. - BERNAMA

ArticlePublished 06 Aug 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM