Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penganggur Ditahan Miliki Heroin

Published: 29 Aug 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt Helmi Aris berkata lelaki berumur 32 tahun terbabit ditahan pada pukul 9.50 pagi hasil maklumat orang awam
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganggur-ditahan-miliki-heroin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:04 MYT

Alor Setar, 28 Ogos - Seorang penganggur ditahan kerana memiliki 23 gram heroin di Kampung Hilir, Bukit Tinggi, Jitra semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt Helmi Aris berkata lelaki berumur 32 tahun terbabit ditahan pada pukul 9.50 pagi hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata lelaki terbabit kelihatan mencurigakan ketika berada di hadapan surau di kampung tersebut.

"Polis yang menjalankan siasatan telah menemui beberapa paket plastik yang disyaki heroin dalam beg sandang suspek yang dadahnya dianggarkan bernilai RM1,200," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

ArticlePublished 29 Aug 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM