Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penganggur Ditahan Bersama 113 Gram Dadah

Published: 18 Mar 2016 7.42 AM Updated: 15 Aug 2026 7.30 PM
Larut, 18 Mac- Seorang penganggur lelaki warga tempatan ditahan bersama dadah seberat 113 gram dalam Op Sarang Bersepadu di sebuah kebun kelapa sawit dekat sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganggur-ditahan-bersama-113-gram-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:22 MYT

Larut, 18 Mac- Seorang penganggur lelaki warga tempatan ditahan bersama dadah seberat 113 gram dalam Op Sarang Bersepadu di sebuah kebun kelapa sawit dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Selama DSP Loo Lian Lay berkata lelaki berkenaan yang berumur 24 tahun ditahan pada pukul 10.15 pagi di Kampung Sungai Jambu.

"Semasa ditahan, pihak polis turut menemukan tiga gram dadah jenis syabu dalam sebuah bekas di tangan suspek dan 110 gram heroin di poket," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis heroin dan turut mengaku memperoleh semua dadah yang dirampas dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Loo turut meminta orang ramai di sekitar daerah itu supaya bekerjasama dengan polis dalam memerangi penyalahgunaan dadah.- BERNAMA

ArticlePublished 18 Mar 2016 7.42 AMUpdated 15 Aug 2026 7.30 PM