Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penganggur Didenda Rm7 000 Hantar Komunikasi Ajak Berhimpun Ketika Covid

Diterbitkan: 12 Aug 2022 3.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2022 - Seorang penganggur didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi berbaur ancaman melalui aplikasi Twitter dengan mengajak satu perhimpunan ketika tempoh pandemik COVID-19, tahun lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganggur-didenda-rm7-000-hantar-komunikasi-ajak-berhimpun-ketika-covid
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:24 MYT
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2022 - Seorang penganggur didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi berbaur ancaman melalui aplikasi Twitter dengan mengajak satu perhimpunan ketika tempoh pandemik COVID-19, tahun lepas.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Nur Taufiq Azhar, 27 tahun, selaku orang kena saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut, turut memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Lelaki itu membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Nur Taufiq didakwa membuat dan memulakan penghantaran “sabtu riot?! TURUN!” yang mengancam sifatnya dengan niat untuk mengganggu orang lain melalui akaun Twitter “Tulangkata @ tul4ng” pada 4.44 petang, 13 Julai tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Penganggur Didenda Rm7 000 Hantar Komunikasi Ajak Berhimpun Ketika Covid
ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2022 3.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM