Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penganggur Didakwa Samun Menyamar Polis

Published: 11 Nov 2015 8.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 11 Nov- Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyamun seorang buruh kontrak warga Indonesia dan menyamar sebagai seorang anggota polis, minggu lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganggur-didakwa-samun-menyamar-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:44 MYT

Kuala Lumpur, 11 Nov- Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyamun seorang buruh kontrak warga Indonesia dan menyamar sebagai seorang anggota polis, minggu lepas.

Ahmad Salehuddin Muhamad Suhaimi, 25, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menyamun satu dompet daripada Mohd Mahalli, 40, di Jalan Jinjang Setia, Jinjang Utara, Sentul di sini pada pukul 10.10 malam, 5 Nov lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa menyamar sebagai anggota polis pada waktu dan tempat yang sama mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Jagjit Singh Bant Singh membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 17 Dis untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- BERNAMA

ArticlePublished 11 Nov 2015 8.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM