Seorang penganggur mencetuskan suasana cemas apabila tiba-tiba mengamuk dengan menggunakan sebilah pedang dalam kejadian jam 2.30 pagi di sebuah restoran di Indera Mahkota, Kuantan, semalam.
Suspek berusia 50 tahun mengacah-acah pengunjung dengan pedang sehingga menimbulkan suasana panik.
Apabila tiba di tempat kejadian, polis mendapati suspek mengamuk dengan memegang sebilah pedang menyebabkan pelanggan bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Polis mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk memujuk suspek supaya menyerah diri sebelum lelaki itu membuang pedang yang dipegangnya.
Sumber : Harian Metro