Temerloh, 10 Sept - Mahkamah Tinggi Temerloh semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang peneroka Felda selepas didapati bersalah mengedar ganja seberat dua kilogram dua tahun lalu.
Peneroka terbabit ditangkap kira-kira jam 8.15 malam pada 3 Julai 2012 di sebuah kedai makan berhampiran Felda Mempaga 3 ketika bersama rakannya. Ketika serbuan tertuduh mengaku menyimpan dadah jenis ganja seberat dua kilogram di dalam kereta miliknya.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Sinar Harian