Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penduduk Lega Esscom Diwujudkan

Published: 19 Jun 2014 1.22 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Sejak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ditubuhkan tiada lagi insiden pencerobohan berlaku...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penduduk-lega-esscom-diwujudkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:07 MYT

Sejak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ditubuhkan tiada lagi insiden pencerobohan berlaku.

ESSCOM mengambil langkah drastik mengukuhkan 62 pos kawalan keselamatan tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA) sekitar daerah terbabit bagi mengekang anasir luar yang cuba menggugat keselamatan atau melakukan aktiviti menyalahi undang-undang.

Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mantek berkata melalui usaha yang dijalankan telah menunjukkan kesan positif dan pada masa yang sama agensi ini proaktif menambah aset pertahanan serta melaksanakan penyusunan semula penempatan atas air bermula di Semporna, disusuli Sandakan dan Lahad Datu yang kini dalam perancangan.

Penduduk Lega Esscom Diwujudkan
Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.22 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM