Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pendekatan Terbaru Ipd Ampang Jaya Dalam Mengurangkan Kadar Jenayah Di Ampang Jaya Sempena Ops Balik

Published: 10 Jun 2014 9.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Beliau bersama anggota polis dari IPD Ampang Jaya telah membuat kelainan dengan mengedarkan risalah pencegahan jenayah dan borang balik kampung di pasar kaum Cina Taman Muda yang penuh sesak...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pendekatan-terbaru-ipd-ampang-jaya-dalam-mengurangkan-kadar-jenayah-di-ampang-jaya-sempena-ops-balik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:02 MYT

Ampang, 1 Februari 2010 - IPD Ampang Jaya melalui pendekatan idea daripada Ketua Polis Baru Daerah,YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin telah memecah tradisi dengan mengadakan Ops Balik Kampung di kawasan Taman Muda Ampang.

Beliau bersama anggota polis dari IPD Ampang Jaya telah membuat kelainan dengan mengedarkan risalah pencegahan jenayah dan borang balik kampung di Pasar Kaum Cina Taman Muda yang penuh sesak.

Ketika ditemui, beliau berkata ini adalah pendekatan terbaru Polis Ampang dalam memenuhi tuntutan tugas dan tanggungjawab terhadap konsep Community Policing yang giat dijalankan.

Di samping itu juga, program ini dijalankan sempena Ops Balik Kampung yang dilancarkan IPD Ampang bagi memudahkan polis mengatur kekuatan anggota untuk mengawasi kediaman-kediaman yang tidak berpenghuni sempena cuti panjang Tahun Baru Cina seterusnya mengelakkan terjadi kejadian yang tidak diingini seperti pecah rumah dan kecurian.

Konsep ini telah disambut baik oleh penduduk Taman Muda dan mereka menyifatkan ini adalah satu inisiatif bijak polis dalam menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Dalam temubual bersama beberapa orang penduduk Taman Muda, rata-rata mereka menyambut baik tindakan Polis Ampang dan program ini juga telah berjaya menyakinkan mereka bahawa pihak polis bersungguh-sungguh menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat setempat.

Pendekatan Terbaru Ipd Ampang Jaya Dalam Mengurangkan Kadar Jenayah Di Ampang Jaya Sempena Ops Balik
Ketua Polis Baru Daerah Ampang Jaya, YDH ACP Amiruddin turut turun padang di Pasar Kaum Cina Taman Muda.

Pendekatan Terbaru Ipd Ampang Jaya Dalam Mengurangkan Kadar Jenayah Di Ampang Jaya Sempena Ops Balik
Pendekatan terbaru dengan masuk ke pasar yang penuh sesak untuk mengedar risalah cegah jenayah dan borang balik kampung kepada komuniti setempat.

Pendekatan Terbaru Ipd Ampang Jaya Dalam Mengurangkan Kadar Jenayah Di Ampang Jaya Sempena Ops Balik
ACP Amiruddin beramah mesra dengan peniaga sambil menyerahkan borang balik kampung kepada peniaga untuk diisi dan diserahkan kepada balai polis terdekat bagi memudahkan pihak polis memantau kediaman yang tidak berpenghuni sempena cuti panjang Tahun Baru Cina.


Sumber Berita & Foto: IPD Ampang Jaya
Suntingan: Unit Laman Web PDRM
ArticlePublished 10 Jun 2014 9.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM