Pendekatan Terbaru Ipd Ampang Jaya Dalam Mengurangkan Kadar Jenayah Di Ampang Jaya Sempena Ops Balik
Ampang, 1 Februari 2010
- IPD Ampang Jaya melalui pendekatan idea daripada Ketua Polis Baru
Daerah,YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin telah memecah tradisi dengan
mengadakan Ops Balik Kampung di kawasan Taman Muda Ampang.
Beliau
bersama anggota polis dari IPD Ampang Jaya telah membuat kelainan
dengan mengedarkan risalah pencegahan jenayah dan borang balik kampung
di Pasar Kaum Cina Taman Muda yang penuh sesak.
Ketika ditemui, beliau berkata ini adalah pendekatan terbaru Polis Ampang dalam memenuhi tuntutan tugas dan tanggungjawab terhadap konsep Community Policing yang giat dijalankan.
Di
samping itu juga, program ini dijalankan sempena Ops Balik Kampung yang
dilancarkan IPD Ampang bagi memudahkan polis mengatur kekuatan anggota
untuk mengawasi kediaman-kediaman yang tidak berpenghuni sempena cuti
panjang Tahun Baru Cina seterusnya mengelakkan terjadi kejadian yang
tidak diingini seperti pecah rumah dan kecurian.
Konsep
ini telah disambut baik oleh penduduk Taman Muda dan mereka menyifatkan
ini adalah satu inisiatif bijak polis dalam menjalankan tanggungjawab
terhadap masyarakat.

Ketua Polis Baru Daerah Ampang Jaya, YDH ACP Amiruddin turut turun padang di Pasar Kaum Cina Taman Muda.

Pendekatan terbaru dengan masuk ke pasar yang penuh sesak untuk mengedar risalah cegah jenayah dan borang balik kampung kepada komuniti setempat.

ACP Amiruddin beramah mesra dengan peniaga sambil menyerahkan borang balik kampung kepada peniaga untuk diisi dan diserahkan kepada balai polis terdekat bagi memudahkan pihak polis memantau kediaman yang tidak berpenghuni sempena cuti panjang Tahun Baru Cina.
Sumber Berita & Foto: IPD Ampang Jaya
Suntingan: Unit Laman Web PDRM